Tuesday 13 December 2011

Pra-Nombor

TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100

Kurikulum Standard-KSSR Matematik

Berita Gembira...

Alhamdulillah.Semalam dan hari ni baru pandai nak buat slideshare.......punyer lama dah cuba buat tapi tak pandai-pandai gak..  betapa gembira...tapi xletak nama sendiri.. letak nama masa muda-muda dulu (acue8378).. Banyak pengetahuan dan pelajaran baru yang saya dapat bila dah kena buat blog ni....tapi tak expect mcm kawan-kawan lagi coz inilah blog hasil  kerja pertama saya.

MENGENAL NOMBOR

Monday 12 December 2011

KONSEP OPERASI TOLAK

Bagi kanak-kanak adalah amat sukar bagi memahami konsep penolakan dalam matematik. Dalam matapelajaran Matematik, selain dari mengenal nombor kanak-kanak perlu diberi kefahaman instrument, kefahaman relasional, dan kefahaman logik. Bloom (1989) telah menyeraikan 3 jenis tingkah laku pemahaman iaitu terjemahan, pentaksiran, dan ekstrapolasi. Sebagai seorang guru, kita harus memahami kesemua perkara tersebut bagi memudahkan guru memahami murid-murid dalam merancang pengajaran yang berkesan dalam membentuk konsep penolakan.
Kanak-kanak perlu diajar untuk memahami konsep sesuatu operasi bukan dengan menghafal sesuatu konsep. Bagi kanak-kanak yang hanya menghafal akan melakukan kesilapan dalam mencari beza sesuatu nilai. Sebagai contoh beza nilai 3 dan 5, kanak-kanak yang menghafal kemungkinan besar akan melakukan penolakan “3-5” sedangkan kanak-kanak yang memahami konsep penolakan memahami bahawa nilai kecil tidak dapat menolak nilai yang besar. Terdapat juga murid yang keliru dengan konsep tukar tertib iatu ‘ 5 + 2 = 2 + 5 ‘ dianggap ‘ 5 – 2 ‘ juga adalam ‘ 2 – 5 ‘.
Dalam mengajar operasi tolak dalam Matematik, terdapat banyak teknik. Startegi dan pendekatan yang dapat menarik minat murid dalam menguasai konsep penolakan. Di sini saya sediakan 3 teknik yang dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran penolakaan. Antara 3 teknik yang saya ketengahkan ialah;

1. Penolakan menggunakan gambar rajah.
 Penggunaan gambar dalam mengajar penolakan dalam Matematik adalah sesuatu yang sangat berkesan dalam menggambarkan konsep operasi penolakan. Guru perlu memainkan peranan sebagai pembimbing minda kanak-kanak ke arah pembinaan konsep penolakan. Guru harus membimbing murid dengan soalan-soalan ke arah pembentukan konsep penolakan. Contohnya:-
  1. Berapakah kek yang dibawa oleh budak lelaki itu?
  2. Dimanakan budak lelaki itu meletakkan kek?
  3. Berapakah kek yang tinggal di atas meja?
  4. Berapa banyakkan kek yang berkurangan?
  5. Kemanakah kek yang kekurangan itu?  ( Murid akan menjawab hilang, terjatuh, atau dimakan oleh budak lelaki itu)
  6. Berapakah kek yang dimakan oleh budak lelaki itu?
  7. Apakah jawapan bagi 3-1?
  8. Apakah jawapan bagi 3-2?

2. Penolakan secara manipulatif 
Dalam kaedah ini, ia menggunakan benda maujud seperti, biji kacang, lidi, biji saga, anak patung dan sebagainya. Terdapat juga unsur-unsur pendekatan masteri, di mana, murid diajar pengurangan nilai 1 terlebih dahulu seperti 10-1, 8-1, 5-1 dan sebagainya. Apabila mereka telah mahir dengan pengurangan nilai 1, baru lah diajar pengurangan 2 seperti, 10-2, 8-2, 5-2 dan sebagainya. Melalui kaedah ini pelajar akan dibiasakan dengan pola-pola nombor untuk mencari jawapan dan ia juga mendedahkan murid dengan hubungan nombor dalam sesuatu persamaan untuk menunjukkan fakta bahawa operasi penolakkan adalah pembalikkan operasi penambahan contohnya 6,3, dan9 adalah persamaan seperti berikut,  6 + 3 = 9,  9 – 3 = 6 dan      9 – 6 =3.
 Penolakan secara manipulatif yang menggunakan bahan maujud seperti biji saga juga sesuai untuk digunakan pada murid pada peringkat penolakkan asas. Kaedah ini juga berperanan dalam mengukuhkan konsep penolakan pada murid-murid saya. Walaubagaimanapun ia tidak sesuai untuk penolakan nilai yang lebih besar seperti 30 – 15 atau 40 – 20. Ini kerana murid-murid terpaksa menggunakan biji saga yang banyak hingga menyebabkan pengiraan mereka menjadi lambat. Selain itu juga, murid-murid mudah keliru semasa mengira biji saga apabila melibatkan kuantiti yang banyak.

3. Penolakan menggunakan garis nombor dan pengiraan menurun.
 Teknik pengiraan yang digunakan adalah dengan cara pengiraan menurun. Terdapat 5 langkah dalam pengiraan penolakan yang diketengahkan. Antara langkah-langkah pengiraannya adalah seperti berikut:-


Saturday 10 December 2011

TOLAK DALAM LINGKUNGAN 10


Video ini boleh digunakan untuk tajuk penolakan dalam lingkungan 10.

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah,akhirnya blog ini siap juga walaupun tidak sesempurna orang lain. Tidak ada yang canggih melainkan simple sahaja. Banyak isi kandungan yang saya copy sebab saya masih belum mahir.Ucapan setinggi penghargaan ini saya tujukan kepada pensyarah Teknologi Maklumat bagi kumpulan EL-B05, En Che Soh Said. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kawan-kawan seperjuangan yang banyak memberi tunjuk ajar dalam pembinaan blog ini. Seterusnya kepada guru-guru sekolah SK.Taman Gembira yang banyak membantu.Terima kasih juga kepada blogger-blogger kerana saya banyak mendapat maklumat dan informasi. Tidak diupakan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada suami tercinta kerana banyak berkorban masa dan tenaga. Tanpa kalian semua, blog ini tidak akan dapat dibina.

Latihan

Konstruk Numerasi

12 konstruk NUMERASI

KONSTRUK 1

Friday 9 December 2011

KONSTRUK 2

SOALAN KONSTRUK NUMERASI

Soalan Matematik Tahun 1 KSSR

UNIT 2 - TAMBAH DAN TOLAK HINGGA 10


Gunakan lagu untuk mengira cepat.
Gunakan bahan konkrit yang berlainan warna untuk membimbing murid menambah.

Wednesday 30 November 2011

UNIT 1-Nombor hingga 10

Nombor hingga 10

* Galakkan murid bercerita berkenaan dengan gambar untuk membandingkan 'banyak' atau 'sedikit'

Bimbing murid mengenal pasti kumpulan objek yang sama banyak atau sedikit atau tidak sama banyak, lebih atau kurang menggunakan gambar atau objek yang terdapat dalam kelas.


Mari bilang dan sebut nombor

1. Bimbing murid membilang menggunakan bahan konkrit dan abakus.
2. Lakukan aktiviti menyebut nombor dengan menggunakan kad imbasan
3. pelbagaikan aktiviti membilang seperti menepuk tangan, menghentak kaki, mengetuk pintu, dan menepuk meja.



Wednesday 19 October 2011

Saturday 8 October 2011

Thursday 6 October 2011

KSSR

Rancangan pengajaran adalah lebih mudah untuk dibuat dan tidak ada lagi 14 fail untuk setiap murid. sekarang sudah digabungkan menjadi satu fail sahaja....

1..2..3...

NUMBER IS IMPORTANT IN LIFE...